Permintaan terhadap biji benih dan bahan tanaman dijangka akan bertambah ekoran dari perlaksanaan pelbagai jenis projek pertanian komersial oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menambahkan bekalan makanan dalam negara. Walau pun industri biji benih telah lama ujud di Malaysia, tetapi bekalan bahan tanaman yang bermutu tinggi masih lagi tidak mencukupi serta tidak konsisten. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh ketiadaan keutamaan, penyelarasan serta fokus dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Ini menyebabkan kebanyakan biji benih terpaksa diimpot dari luar negara. Artikel ini ditulis secara khususnya mengkaji status industri biji benih dan bahan tanaman semasa berdasarkan kepada bahan rujukan, temubual dan pengalaman bertugas dalam bidang pertanian.
Kita perlu melihat daya maju projek diukur dari analisa semua faktur2 untuk dipertimbangkan didalam pembangunan industri biji benih. Faktur2 tersebut ialah seperti bekalan dan permintaan, kesesuaian persekitaran, keupayaan teknikal & organisasi, perundangan, pengalaman dan kepimpinan. Analisa SWOT bagi pengeluaran biji benih dan bahan tanaman bagi komoditi-komoditi utama juga boleh dibuat untuk meneltit kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang kita boleh ambil untuk memajukan industri benih negara.
Berdasarkan kekuatan (strength) yang ada serta faktor daya maju ekonomi, pengeluaran biji benih dan bahan tanaman bagi komoditi-komoditi berikut hendaklah dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan negara iaitu (a) Padi (b) Buah-buahan (c) Sayuran tropika jenis buh (fruity vegetables) (d) Bunga-bungaan tropika termasuk orkid, 'pot-plants', pokok hiasan, pokok hutan dan 'foliage plants' (Khusus untuk ekspot) (v) Tanaman kontan seperti keledek, ubi kayu, keladi dan jagung manis (memenuhi keperluan tempatan dan menyokong industri hiliran) dan (vi) Tanaman Kelapa (Matag, Mawa dan Kelapa Pandan). Bagi tanaman tembikai dan pastura atau tanaman penutup bumi. Pengimpotan bahan tanaman dari luar negara akan diteruskan.
Bagi mencapai tujuan diatas beberapa strategi bagi meningkatkan dan memantapkan lagi sektor industri biji benih negara. Antara strategi ialah dengan (a) Mengembeling sumber tenaga pakar yang ada untukmenjalankan R&D dan pengembangan (b) Mangubal Akta Benih Negara (National Seed Act) (c) Menubuhkan Majlis Benih Negara (d) Memantapkan 'Seed Certification Scheme' (e) Memberi galakkan serta modal (f) Mengadakan pakatan strategik dengan negara-negara pengimpot dan institusi biji benih antarabangsa dan (g) Mempertingkatkan kemudahan infrastruktur, fasiliti dan keupayaan aktiviti risikan pasaran. Duharap dengan langkah-langkah ini diyakini industri biji benih negara akan lebih berdaya maju dan kompetitif.MEMBELI. BENIH..NAIK MERCERDES....
BENIH BUAH-BUAHAN .....PELBAGAI JENIS....
PERIKSA KUALITI... BUAH YANG MANIS....
TANAM SAYURAN DAUN...ELOK DI TUMIS......
Related articles:
1. Benih Sayuran (Klik disini)
2. Benih Kelapa Matag (Klik disini)
3. Biakbaka Tumbuhan - Part 1 (Klik disini)
4. Biakbaka Tumbuhan - Part 2 (Klik disini)
By,
M Anem
Bekas AO Mersing
Johor, Malaysia.
(3.50 pagi Relax buat blog)
No comments:
Post a Comment